Monthly Archives: December 2010

Pengampunan dosa

Dipetik dari zadud-duat.blogspot.com

Oleh: Dr. Ahmad Hassan

Marilah kita perhatikan sejenak doa orang-orang yang mempunyai hati. Firman Allah:

“Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, Maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. (Ali-Imran: 193)

Takfir az-zunub: ialah penghapusan dosa secara keseluruhan atau penghapusan sebahagiannya kerana tiada lagi yang tinggal sebagai satu kurniaan atau kemuliaan dari Allah.

Manakala maghfirah az-zunub: Pencegahan dan perlindungan keburukan dosa dengan menutupinya atau melindunginya sebagai keampunan atau rahmat dari Allah. Namun ianya tertulis di dalam buku catatan seorang hamba..ianya disebut oleh Allah tanpa hisab ke atasnya.

Istighfar ialah doa untuk memohon keampunan, sama seperti semua doa bergantung dengan kehendak Allah sama ada diterima atau tidak diterima Allah.

Istighfar adalah perkataan yang mutlak yang dikaitkan di dalam ayat 135 Surah Ali-Imran:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui”. (Ali-Imran: 135)

Istighfar dituntut dilakukan setiap masa kerana mudah-mudahan ianya bertepatan dengan waktu-waktu yang mustajab.

Perhatikanlah ucapan A’isyah r.a: “Beruntunglah orang pada dirinya sering beristighfar”.

Kemudian saya sampai khabar gembira dari kenyataan nabi saw, daripada Abdullah bin Abbas r.a berkata, bahawa nabi saw telah bersabda:

Orang yang sering beristghfar, Allah akan menjadikan untuknya setiap kedukaan akan ada penyelesaian, setiap kesempitan akan ada jalan keluar. Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka”.

Lapan perkara atau sebab yang dapat menghapuskan dosa:

1.      Doa yang diserta penuh pengharapan

2.      Istighfar

3.      Tauhid

4.      Sesuatu kejahatan disusuli dengan kebaikan

5.      Sesuatu musibah dapat menghapuskan dosa

6.      Menjauhi dosa-dosa besar

7.      Syafaat nabi di hari akhirat ke atas umatnya yang melakukan dosa besar

8.      Neraka Jahannam kepada orang yang membersihkan dirinya daripada tujuh dosa besar.

Tiga sebab yang pertama telah dihimpunkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Menurutnya ia hadith Hassan. Daripada Anas r.a berkata: saya mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah swt telah berfirman: “Wahai anak Adam, sekiranya engkau berdoa dan memohon kepadaKu, nescaya Aku ampuni dosa yang engkau ada. Wahai anak Adam, sekiranya dosa engkau sampai memenuhi ufuk langit kemudian memohon ampun padaKu, nescaya tetap Aku ampuni dosa engkau. Wahai anak Adam, sekiranya engkau dating kepadaKu dengan kesalahan yang hampir sebesar bumi kemudian engkau tidak pernah menyekutukanKu dengan sesuatu, nescata Aku tetap memberi keampunan kepada engkau”.

 

Sebab yang keempat terdapat di dalam sebuah hadith Rasulullah saw dari riwayat Abu Zar melalui Imam Tirmizi. Menurutnya hadith Hassan:

“Bertakwalah kepada Allah di mana saja engkau berada, susulilah sesuatu kejahatan dengan perkara kebaikan kerana ia akan menghapuskan dosanya dan bergaullah dengan akhlak yang mulia”.

Bermaksud: Jikalau engkau melakukan sesuatu kejahatan atau keburukan, maka susulilah dengan melakukan sesuatu kebaikan atau amal soleh, kerana ianya akan menghapuskan dosa kejahatan itu. Para ulamak berbeza pendapat, adakah maksud kebaikan yang menyusuli sesuatu kejahatan itu ialah taubat, seolah-olah ia berkata: Jikalau berbuat suatu kejahatan segeralah bertaubat, atau melakukan kebaikan yang lain?

Pendapat yang tepat ialah yang kedua, iaitu perbuatan baik boleh menghapuskan kejahatan sekalipun tidak bertaubat berdasarkan dalil di dalam firman Allah:

“Dan Dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”. (Hud: 114)

Seorang lelaki bertanya Nabi saw di mana dia telah mendapat satu kucupan daripada seorang wanita yang dikira sebagai zina (kecil). Beliau telah menunaikan solat subuh bersama mereka. Lalu baginda telah bertanya: Adakah engkau telah menunaikan solat subuh bersama kami?. Lelaki itu menjawab: Ya. Lalu baginda membacakan ayat ini:“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk”yang menjadi dalil bahawa sesuatu kebaikan menghapuskan dosa kejahatan sekalipun tidak bertaubat.

Oleh itu, ayuhlah wahai orang-orang yang melakukan kejahatan segeralah melakukan kebaikan, janganlah menangguh-nangguhkannya..

 

Sebab kelima dijelaskan oleh nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a:

“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih)

Hanya dengan kesabaran menanggung musibah tersebut Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu.

Sebab keenam: Jelas seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah:

“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)”. (An-Nisa’: 31)

Hanya dengan niat kamu ingin menjauhi dosa-dosa besar nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kecil. Dosa-dosa besar kekal tidak diampuni selagi belum bertaubat nasuha.

Sebab ketujuh: Syafaat nabi saw kepada umatnya yang melakukan maksiat. Daripada Anas bin Malik dari nabi saw yang bersabda:

“Syafaatku (di hari Kiamat) kepada umatku yang melakukan dosa-dosa besar”. (sahih)

Ini adalah satu kemuliaan dari nabi saw. Justeru kita memohon agar Allah memasukkan kita ke dalam golongan yang mendapat syafaatnya iaitu yang memiliki kedudukan yang mulia di sisi Tuhan. Allah swt sekali-kali tidak akan membiarkan kekasihnya pada hari Kiamat nanti.

 

Saudaraku yang dikasihi..Seandainya kamu tidak memperolehi tujuh perkara di atas, maka tiada yang lagi peluang melainkan yang kelapan..iaitu neraka Jahannam (na’uzubillah min zalik) yang akan membersihkan dosa-dosanya sehingga apabila telah disuci dan dibersihkan barulah dapat memasuki syurga dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa. Sudah tentu bagi orang yang berakal tidak akan berasa gembira di atas kelewatannya memasuki syurga kerana ai dunia hanya satu bahagian daripada 70 bahagian dari api jahannam..neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga menjadi kemerahan..kemudian dinyalakan selama seribu tahun sehingga menjadi keputihan, kemudian dinyalakan sehingga menjadi kehitaman. Justeru neraka Jahannam sekarang tentulah dalam keadaan gelap pekat.

Kini telah tiba hari-hari yang baik untuk kita dan Allah telah muliakan kita dengan ketibaannya..Adakah kita telah menyediakan diri untuk bertaubat? Allah adalah disebalik semua yang berlaku.

Terjemahan dari  http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=52570&SecID=363

 


Leave a comment

Filed under Renungan, Tazkirah

Rehlah Hulu Selangor 25-26 Disember 2010


Berkumpulnya kami di pejabat Time Training Services

Serdang, 28 Disember 2010 – AIMS Malaysia dengan kerjasama Pemuda Ikram Selangor, Ikram Hulu Selangor  dan Ikram Subang Jaya telah berjaya menganjurkan program rehlah selama 2 hari ke beberapa tempat menarik sekitar Lembah Klang danSelangor pada 25 hingga 26 Disember yg lalu.

Rehlah ini disertai oleh seramai 22 orang peserta yang kebanyakannya datang dari Kolej Mara Seremban dan UiTM Puncak Alam.

Antara destinasi yang disinggahi ialah Air Terjun Batang Kali, Kem Ulu Tamu, Hot Spring Hulu Tamu, dan majlis walimah di UTM Jalan Semarak,KL.

Ahli rombongan juga sempat menziarahi serta berkenalan dengan pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti program Madrasatul Hayah Ikram (MH-I) ketika berada di Kem Ulu Tamu.

Laungan 1AIM dicanang oleh Ketua Rombongan

Raut wajah yang gembira terpancar

Aktiviti BBQ bermula dengan penuh kesabaran

Daging lembu dan ayam menjadi pilihan

Aktiviti taaruf sebelum makan tengah hari

Tazkirah hebat dari Abang Khubaib

Makan malam di sebuah restoran di Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Kenduri kahwin anak Ustaz Alias Othman di UTM Jalan Semarak

Dilaporkan oleh,

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS

Kebahagian :D

Kata mereka:

Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri, pada malu dan kebekuan.

Pada hidup bersama famili, dan bukannya hidup orang berhijrah dan terusir.

Pada berjalan di belakang kenderaan mewah dan dengan langkah yang longlai.

Pada ikut sahaja apa yang orang katakan, tanpa tentangan dan konfrantasi.

Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak, kamu dipimpin, bukan memimpin.

Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah: hidup kamu… selama-lamanya….

Aku pula berkata:

Hidup ini adalah gerakan, bukan diam dan bukan kaku.

Hidup adalah jihad, akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati lazatnya susah, bukan bersedap-sedap dengan tidur.

Ia adalah membela hak, merdekakah orang yang tidak membela haknya?

Hidup adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah.

Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi, tugas kamu memimpin.

Kamu boleh berkata ‘NO’ dan ‘YES’, apabila kamu mahu dengan pandangan yang tajam!

 

– Karangan Dr Yusuf Qardhawi, untuk majalah at-tarbiyah islamiyah. Ia telah dimuatkan dalam buku Al-Muntalaq karangan Sheikh Ahmad Rashid.

Leave a comment

Filed under Renungan, Tazkirah

Exams?

Leave a comment

Filed under Tazkirah

Allah hotline

Assalaamu’alaikum, Saudaraku

 

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

 

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

 

Tekan 1 untuk ‘meminta’.

Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.

Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.

Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

 

Atau….

 

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

 

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah

sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

 

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat

respons seperti ini:

 

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

 

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &

neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

 

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

 

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.

Silakan cubalagi esok.”

 

atau…

 

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.. Sila hubungi semula pada hari

Isnin selepas pukul 9 pagi.

 

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya

setiap saat!!!

 

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar

anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.

Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara

peribadi.

 

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

 

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

 

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor

ini: 28443483

 

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir

 

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim

& Hadis Rasul”

 

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

 

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak

terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

 

Leave a comment

Filed under Tazkirah

Secebis kenangan dari K.M.B

Assalamualaikum wrm wbt,

Banyak program-program yang telah dianjurkan oleh AIMS Malaysia di K.M.B, Labohan Dagang.

Berikut adalah gambar-gambar program kami sepanjang tahun 2010!

Jumpa lagi pada tahun hadapan!

Antara program-program yang bakal dijalankan tahun depan:

– Kembara Gua Batu Maloi

– Seminar Pembinaan Modal Insan

– Riadah antara kolej

– dan banyak lagi!!!

sila hubungi myaims@live.com untuk menyertai program-program kami!

wassalam

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under AUSTRALIA/NEW ZEALAND, UK

Puasa sunat Muharam


Selamat berpuasa sunat Muharam, berikut adalah beberapa dalil mengenai puasa Muharam.

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda :“Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam” [Riwayat Muslim]

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura. Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. [Riwayat Muslim]

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR. Muslim no. 1130)

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari ‘Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa. Kemudian para sahabat bertanya : “Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut (‘Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan”.[Riwayat Muslim]

Boleh berpuasa pada 9 dan 10 Muharam

Ataupun 9,10,dan 11 Muharam

Ataupun 10 dan 11 Muharam

Wallahua’lam

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under Tazkirah