Category Archives: Aktiviti AIMS

Aktiviti AIMS

Informasi terkini gempa bumi di Jepun

Assalamualaikum wbt.

Update Terkini:

March 19, 00:23: Kerajaan Jepun telah meningkatkan level berkenaan masalah di Fukushima Daiichi Nuklear Plant ke taham 5 kerana lebih daripada 3 peratus bahan nuklear telah rosak dan bahan radioaktif telah tersebar dari plant tersebut. (NHK)
March 18, 11:08: Pasukan bomba Tokyo dihantar untuk kerja kerja penyejukan reaktor nuklear di fukushima. Seramai 30 unit keselamatan dan jentera bomba khas dihantar beserta 139 bomba akan bekerjasama dengan pasukan pertahanan jepun. (NHK)
March 17, 20:18: Pasukan bomba khas dari angkatan tentera Jepun memulakan kerja kerja penyejukan reaktor no 3 pada pukul 7.30 malam waktu tempatan dan berakhir pada jam 8.00mlm
March 17, 08:27: Unit Polis Jepun akan menggunakan pancutan air untuk menyejukkan reaktor no 4 di atas permintaan kerajaan Jepun. Pihak TEPCO tidak dapat menggunakan helikopter untuk menyejukkannya kerana masalah teknikal dan ketidakkeberkesanannya. (NHK)
March 16, 14:17:
Pihak Touhoku Electric Power membatalkan pemberhentian elektrik (Yahoo News)
March 16, 14:11: Kadar radiasi meningkat di Fukushima Plant pada 10.00 waktu tempatan dan mula turun pada 10.54 waktu tempatan (NHK)
March 16, 12:11: Satu gegaran kecil berlaku di kawasan chiba dan ibaraki dianggarkan bermagnitud 5. (NHK)

March 16, 08:23: Kebakaran di reaktor nuklear no 4 Fukushima daiichi power plant telah berlaku pada 5.45 pagi ini waktu tempatan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pihak TEPCO telah meminta bantuan bomba kerana pekerja mereka tidak boleh memasuki kawasan reaktor disebabkan kadar radiasi yang tinggi. (NHK)

March 16, 07:49: Gempa Bumi berpusat di shizuoka telah berlaku pada selasa, 22:31 waktu tempatan. Magnitud gegaran dianggarkan 6.4. (sumber: NHK)

Informasi terkini mengenai keadaan gempa bumi di Jepun boleh didapati di laman web AMIR.

http://www.amirnet.org/jishin

Sekian.

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under JEPUN, Sana sini AIMS

Japan Tsunami Donation Drive

Assalamualaikum wrm wbt,

Pihak AIMS Malaysia sedang mengumpulkan derma untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jepun yang kini berada di fasa trauma dan kekurangan makanan selepas gempa bumi yang berlaku di Jepun tempoh hari. Sumbangan akan disalurkan kepada wakil AIMS di Jepun iaitu Dr. Amir Syahir yang merupakan mantan Presiden kepada Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) yakni sebuah persatuan kebajikan pelajar di Jepun. Untuk menyumbang, sila salurkan ke

Maybank Islamic  : 162263191402 (Shazwan Abd Shukor)

Cimb Islamic        :  12120002359203 (Shazwan Abd Shukor)

Sila nyatakan sumbangan sebagai ‘Bencana-Jepun’. Segala bantuan daripada anda amatlah dihargai.

Sekian.

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under JEPUN, Sana sini AIMS

Program Solidariti Aqsa Syarif Untuk Gaza, Palestin

Subang Jaya, Februari 2011 – Dalam bulan Februari ini, pelajar-pelajar dari Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang telah menghadiri sebuah program Gaza, Palestin bersama Aqsa Syarif. Program ini telah diadakan di Pejabat IKRAM Subang Jaya. Presiden Islamic Society Jabalia (ISJ) Gaza, Palestin merupakan tetamu kehormat yang telah memberi pelbagai info terkini mengenai situasi genting di Gaza. Para pelajar KTT dan hadirin yang menghadiri program ini telah ditontonkan dengan pelbagai video tentang semangat warga Gaza dari usia muda sehingga yang mencecah 72 tahun (seorang nenek) dalam mempertahankan tanah air mereka dengan apa jua cara pun. Ramai yang telah menemui syahid dalam serangan terhadap pihak israel. Pada akhir program, pihak Aqsa Syarif mengajak para hadirin untuk membawa pulang tabung bantuan Gaza untuk diagihkan dan diisi. Alhamdulillah, berbekalkan semangat yang tinggi dalam menghayati pengorbanan warga Gaza, pelajar-pelajar KTT bertekad untuk membawa pulang 4 buah tabung untuk diisi sehingga penuh di KTT! Mereka juga sempat bergambar dengan tetamu kehormat program ini dan menanyakan beberapa soalan kepadanya selepas program tamat. Sekian.

Jabali

Delegasi dari KTT bersama tetamu kehormat

Leave a comment

Filed under INDIA, Sana sini AIMS

Program Penghayatan Ukhuwah Melalui Pengenalan Kepada Alam

Bukit Cherakah (Taman Botani Shah Alam), 20 Februari 2011 – Tanggal Ahad, 20 Februari 2011, warga kolej persediaan ke India dan the Royal College of Medicine Perak (RCMP) khasnya dari Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang dan Management & Science University (MSU), Shah Alam telah bertemu bagi mengenali serta merapatkan ukhuwah sesama masing-masing. Pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan dapat berjumpa dengan rakan “counterpart” masing-masing bagi memulakan lembaran baru persahabatan di samping memudahkan mereka untuk melaksanakan aktiviti bersama kelak. Pelajar-pelajar persediaan ke RCMP turut serta memeriahkan aktiviti ini. Ini dapat menyediakan peluang kepada mereka untuk mengenali sahabat-sahabat yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan samada dalam mahupun luar negara.

Tema utama di sebalik merapatkan ukhuwah adalah mengenai alam. Alam adalah elemen yang paling utama dalam mengenali Penciptanya, Allah swt. Oleh itu, pemilihan Bukit Cherakah merupakan lokasi yang sesuai bagi menikmati serta menghayati keindahan alam. Kami ingin “menyadurkan” ukhuwah yang terbina melalui penghayatan terhadap alam bagi mendekatkan diri kepada Penciptanya. Manusia memang mahu mendekatkan diri kepada alam yang damai dan tenteram terutamanya bagi melepaskan segala kesibukan dunia di kota. Inilah yang dinamai fitrah atau sunnatullah. Dari sinilah manusia dapat mengenali dan memahami Penciptanya dengan lebih mendalam dan terperinci.

Antara aktiviti yang telah kami lakukan adalah melawat taman haiwan. Kami sempat memberi makanan kepada beberapa ekor rusa dan membelai kuda-kuda yang agak jinak. Kami juga bergambar dengan haiwan-haiwan seperti landak, burung kakak tua, rusa dan kuda. Haiwan-haiwan lain yang terdapat dalam taman ini ialah seladang, angsa, kucing hutan (yang agak garang), iguana dan burung merpati.

Seterusnya kami menuju ke Empangan Sungai Baru, yang terletak di hujung taman Bukit Cherakah. Di situ, kami meredah masuk ke dalam hutan dan berehat di tengah-tengah perjalanan sambil menggunakan pancaindera seperti telinga dan mata bagi menghayati serta memahami tujuan penciptaan alam. Kami pun mula mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam ketika berehat.

Selepas keluar dari kawasan hutan, kami ke kawasan kelong di Tasik Empangan Sungai Baru untuk memberi makanan kepada ikan peliharaan. Begitu kukuhnya kelong tersebut sehingga dapat menampung berat kami semua!! Pada mulanya memang agak menakutkan apabila kami berjalan di atas jalan kelong yang lebarnya hanya boleh memuatkan seorang sahaja untuk melaluinya. Tambah lagi dengan kelong tersebut yang sentiasa bergoyang. Semuanya dapat memberi makanan yang secukupnya kepada ikan-ikan yang kelihatan begitu lapar. Setelah itu, kami pun makan tengah hari di dua buah pondok yang terletaknya di sebelah tasik tersebut.

Setelah melaksanakan solat Zuhur, kami bergambar beramai-ramai. Masing-masing bersalam-salaman dan berdakap-dakapan sebelum pulang ke kolej dengan harapan supaya aktiviti susulan dapat dilaksanakan bersama lagi. Sekian.

India

Gambar Kenangan

Leave a comment

Filed under INDIA

Galeri: Futsal AIMS Asia Timur

Gambar gambar menarik sepanjang Futsal AIMS asia timur.

Lagi Galeri menarik di sini.

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN, Sana sini AIMS

Futsal AIMS Asia Timur

Shah Alam, 21 Januari 2011 – Tanggal 21 Januari 2011, AIMS telah menganjurkan program Futsal untuk pelajar di semua Pusat Persediaan Jepun(PPJ). Program ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada pelajar-pelajar PPJ dengan penyertaan seramai 62 orang . Peserta terdiri daripada JAD (Japanese Associate Degree Programme), IBT (Institut Bahasa Teikyo) , AAJ (Ambang Asuhan Jepun) dan KTJ-INTEC (Kolej Teknikal Jepun), disamping peserta daripada A-Level Programme, dan KPJ.

Program ini telah dijalankan di Frenzy Futsal Seksyen 15 Shah Alam. Di samping bertujuan membina peribadi muslim yang sihat tubuh badan, program ini bertujuan merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar yang akan ke Jepun dengan merentasi pusat persediaan dan batch (senpai-kohai*).

Program bermula pada pukul 10 pagi dimana peserta diberi penerangan tentang program , sesi tazkirah ringkas dan pembahagian kumpulan oleh Ahli AIMS. Peserta dibahagikan kepada 10 Kumpulan mengikut pusat persediaan masing-masing dengan setiap kumpulan mengandungi 6 orang pemain.

Acara kemuncak adalah perlawanan persahabatan antara pemenang di peringkat kumpulan bertemu dengan Ahli AIMS dan berkeputusan 3-1 memihak kepada Ahli AIMS.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap lebih banyak program sebegini diadakan pada masa akan datang.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Akhi Munzir selaku Mas’ ul program kali ini dan juga sesi bergambar beramai-ramai. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini dan akhir kata dari kami.. おつかれさまでした。。

Wassalam

Team AIMS cawangan Asia Timur

Kosa kata* (Jepun : Melayu):

Senpai : Senior

Kohai : Junior

 

2 Comments

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN

Kursus Pre-departure Jepun 2011

Bangsar, 15 Januari 2011 – Pada 14 dan 15 Januari 2011, AIMS telah mengadakan program pre departure untuk pelajar yang akan berlepas ke Jepun pada bulan 2 dan 3 tahun ini. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar yang telah pun lulus untuk menyambung pelajaran ke Jepun dalam bidang masing masing. Peserta terdiri daripada IBT, AAJ dan KTJ-INTEC.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada hari bermula pada jumaat malam sehingga sabtu petang di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Antara aktiviti aktiviti menarik sepanjang program adalah Fiqh Luar Negara, Game Ukhuwah, Cabaran di negara orang dan perkongsian, dan perkongsian AMIR dari Jepun.

Program ini adalah bertujuan antara lainnya memberi panduan dan pendedahan kepada mereka yang akan berlepas ke jepun sebagai persediaan dari segi, ruhi, jasmani dan juga perkara perkara teknikal. Diharapkan dengan program ini, peserta mendapat sedikit sebanyak maklumat yang berguna apabila mereka menjejakkan kaki ke Jepun.

Daripada maklumbalas peserta, mereka juga amat positif dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan di masa masa akan datang. Gambar gambar insyaAllah akan menyusul selepas ini.

また、日本で会いましょう!

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN