Category Archives: INDIA

Program Solidariti Aqsa Syarif Untuk Gaza, Palestin

Subang Jaya, Februari 2011 – Dalam bulan Februari ini, pelajar-pelajar dari Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang telah menghadiri sebuah program Gaza, Palestin bersama Aqsa Syarif. Program ini telah diadakan di Pejabat IKRAM Subang Jaya. Presiden Islamic Society Jabalia (ISJ) Gaza, Palestin merupakan tetamu kehormat yang telah memberi pelbagai info terkini mengenai situasi genting di Gaza. Para pelajar KTT dan hadirin yang menghadiri program ini telah ditontonkan dengan pelbagai video tentang semangat warga Gaza dari usia muda sehingga yang mencecah 72 tahun (seorang nenek) dalam mempertahankan tanah air mereka dengan apa jua cara pun. Ramai yang telah menemui syahid dalam serangan terhadap pihak israel. Pada akhir program, pihak Aqsa Syarif mengajak para hadirin untuk membawa pulang tabung bantuan Gaza untuk diagihkan dan diisi. Alhamdulillah, berbekalkan semangat yang tinggi dalam menghayati pengorbanan warga Gaza, pelajar-pelajar KTT bertekad untuk membawa pulang 4 buah tabung untuk diisi sehingga penuh di KTT! Mereka juga sempat bergambar dengan tetamu kehormat program ini dan menanyakan beberapa soalan kepadanya selepas program tamat. Sekian.

Jabali

Delegasi dari KTT bersama tetamu kehormat

Leave a comment

Filed under INDIA, Sana sini AIMS

Program Penghayatan Ukhuwah Melalui Pengenalan Kepada Alam

Bukit Cherakah (Taman Botani Shah Alam), 20 Februari 2011 – Tanggal Ahad, 20 Februari 2011, warga kolej persediaan ke India dan the Royal College of Medicine Perak (RCMP) khasnya dari Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang dan Management & Science University (MSU), Shah Alam telah bertemu bagi mengenali serta merapatkan ukhuwah sesama masing-masing. Pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan dapat berjumpa dengan rakan “counterpart” masing-masing bagi memulakan lembaran baru persahabatan di samping memudahkan mereka untuk melaksanakan aktiviti bersama kelak. Pelajar-pelajar persediaan ke RCMP turut serta memeriahkan aktiviti ini. Ini dapat menyediakan peluang kepada mereka untuk mengenali sahabat-sahabat yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan samada dalam mahupun luar negara.

Tema utama di sebalik merapatkan ukhuwah adalah mengenai alam. Alam adalah elemen yang paling utama dalam mengenali Penciptanya, Allah swt. Oleh itu, pemilihan Bukit Cherakah merupakan lokasi yang sesuai bagi menikmati serta menghayati keindahan alam. Kami ingin “menyadurkan” ukhuwah yang terbina melalui penghayatan terhadap alam bagi mendekatkan diri kepada Penciptanya. Manusia memang mahu mendekatkan diri kepada alam yang damai dan tenteram terutamanya bagi melepaskan segala kesibukan dunia di kota. Inilah yang dinamai fitrah atau sunnatullah. Dari sinilah manusia dapat mengenali dan memahami Penciptanya dengan lebih mendalam dan terperinci.

Antara aktiviti yang telah kami lakukan adalah melawat taman haiwan. Kami sempat memberi makanan kepada beberapa ekor rusa dan membelai kuda-kuda yang agak jinak. Kami juga bergambar dengan haiwan-haiwan seperti landak, burung kakak tua, rusa dan kuda. Haiwan-haiwan lain yang terdapat dalam taman ini ialah seladang, angsa, kucing hutan (yang agak garang), iguana dan burung merpati.

Seterusnya kami menuju ke Empangan Sungai Baru, yang terletak di hujung taman Bukit Cherakah. Di situ, kami meredah masuk ke dalam hutan dan berehat di tengah-tengah perjalanan sambil menggunakan pancaindera seperti telinga dan mata bagi menghayati serta memahami tujuan penciptaan alam. Kami pun mula mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam ketika berehat.

Selepas keluar dari kawasan hutan, kami ke kawasan kelong di Tasik Empangan Sungai Baru untuk memberi makanan kepada ikan peliharaan. Begitu kukuhnya kelong tersebut sehingga dapat menampung berat kami semua!! Pada mulanya memang agak menakutkan apabila kami berjalan di atas jalan kelong yang lebarnya hanya boleh memuatkan seorang sahaja untuk melaluinya. Tambah lagi dengan kelong tersebut yang sentiasa bergoyang. Semuanya dapat memberi makanan yang secukupnya kepada ikan-ikan yang kelihatan begitu lapar. Setelah itu, kami pun makan tengah hari di dua buah pondok yang terletaknya di sebelah tasik tersebut.

Setelah melaksanakan solat Zuhur, kami bergambar beramai-ramai. Masing-masing bersalam-salaman dan berdakap-dakapan sebelum pulang ke kolej dengan harapan supaya aktiviti susulan dapat dilaksanakan bersama lagi. Sekian.

India

Gambar Kenangan

Leave a comment

Filed under INDIA

Riadah AIMS 2010

Sepang, 31 Disember 2010 – Hari cuti peristiwa yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia pada pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 telah dipergunakan sebaiknya oleh para pelajar dan aktivis AIMS yang sedang bercuti.

Seramai 18 orang telah menyertai riadah ini secara keseluruhannya. Riadah bermula pada jam 9.00 pagi dengan keseluruhan 18 orang yang menyertai ini dibahagikan kepada 3 pasukan. 3 pasukan ini berlawan antara masing-masing dan ia disusuli dengan perlawanan Pilihan Kolper menentang veteran AIMS. Perlawanan berakhir dengan keputusan 6 – 1 bagi pasukan Pilihan Kolper. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Menunggu giliran untuk bermain

Aksi yang bakal menggegarkan kolej-kolej

Taaruf selepas bersukan

Diharapkan agar usaha murni untuk menyihatkan badan ini adalah titik awal untuk pihak AIMS meneruskan lagi dan mengembangkan lagi hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Syabas diucapkan kepada peserta! Jumpa lagi di Banting pula.

Wassalam

Team AIMS Malaysia

1 Comment

Filed under INDIA