Category Archives: JEPUN

Aktiviti Jepun

Informasi terkini gempa bumi di Jepun

Assalamualaikum wbt.

Update Terkini:

March 19, 00:23: Kerajaan Jepun telah meningkatkan level berkenaan masalah di Fukushima Daiichi Nuklear Plant ke taham 5 kerana lebih daripada 3 peratus bahan nuklear telah rosak dan bahan radioaktif telah tersebar dari plant tersebut. (NHK)
March 18, 11:08: Pasukan bomba Tokyo dihantar untuk kerja kerja penyejukan reaktor nuklear di fukushima. Seramai 30 unit keselamatan dan jentera bomba khas dihantar beserta 139 bomba akan bekerjasama dengan pasukan pertahanan jepun. (NHK)
March 17, 20:18: Pasukan bomba khas dari angkatan tentera Jepun memulakan kerja kerja penyejukan reaktor no 3 pada pukul 7.30 malam waktu tempatan dan berakhir pada jam 8.00mlm
March 17, 08:27: Unit Polis Jepun akan menggunakan pancutan air untuk menyejukkan reaktor no 4 di atas permintaan kerajaan Jepun. Pihak TEPCO tidak dapat menggunakan helikopter untuk menyejukkannya kerana masalah teknikal dan ketidakkeberkesanannya. (NHK)
March 16, 14:17:
Pihak Touhoku Electric Power membatalkan pemberhentian elektrik (Yahoo News)
March 16, 14:11: Kadar radiasi meningkat di Fukushima Plant pada 10.00 waktu tempatan dan mula turun pada 10.54 waktu tempatan (NHK)
March 16, 12:11: Satu gegaran kecil berlaku di kawasan chiba dan ibaraki dianggarkan bermagnitud 5. (NHK)

March 16, 08:23: Kebakaran di reaktor nuklear no 4 Fukushima daiichi power plant telah berlaku pada 5.45 pagi ini waktu tempatan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pihak TEPCO telah meminta bantuan bomba kerana pekerja mereka tidak boleh memasuki kawasan reaktor disebabkan kadar radiasi yang tinggi. (NHK)

March 16, 07:49: Gempa Bumi berpusat di shizuoka telah berlaku pada selasa, 22:31 waktu tempatan. Magnitud gegaran dianggarkan 6.4. (sumber: NHK)

Informasi terkini mengenai keadaan gempa bumi di Jepun boleh didapati di laman web AMIR.

http://www.amirnet.org/jishin

Sekian.

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under JEPUN, Sana sini AIMS

Japan Tsunami Donation Drive

Assalamualaikum wrm wbt,

Pihak AIMS Malaysia sedang mengumpulkan derma untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jepun yang kini berada di fasa trauma dan kekurangan makanan selepas gempa bumi yang berlaku di Jepun tempoh hari. Sumbangan akan disalurkan kepada wakil AIMS di Jepun iaitu Dr. Amir Syahir yang merupakan mantan Presiden kepada Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) yakni sebuah persatuan kebajikan pelajar di Jepun. Untuk menyumbang, sila salurkan ke

Maybank Islamic  : 162263191402 (Shazwan Abd Shukor)

Cimb Islamic        :  12120002359203 (Shazwan Abd Shukor)

Sila nyatakan sumbangan sebagai ‘Bencana-Jepun’. Segala bantuan daripada anda amatlah dihargai.

Sekian.

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under JEPUN, Sana sini AIMS

Galeri: Futsal AIMS Asia Timur

Gambar gambar menarik sepanjang Futsal AIMS asia timur.

Lagi Galeri menarik di sini.

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN, Sana sini AIMS

Futsal AIMS Asia Timur

Shah Alam, 21 Januari 2011 – Tanggal 21 Januari 2011, AIMS telah menganjurkan program Futsal untuk pelajar di semua Pusat Persediaan Jepun(PPJ). Program ini telah mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada pelajar-pelajar PPJ dengan penyertaan seramai 62 orang . Peserta terdiri daripada JAD (Japanese Associate Degree Programme), IBT (Institut Bahasa Teikyo) , AAJ (Ambang Asuhan Jepun) dan KTJ-INTEC (Kolej Teknikal Jepun), disamping peserta daripada A-Level Programme, dan KPJ.

Program ini telah dijalankan di Frenzy Futsal Seksyen 15 Shah Alam. Di samping bertujuan membina peribadi muslim yang sihat tubuh badan, program ini bertujuan merapatkan ukhuwwah antara pelajar-pelajar yang akan ke Jepun dengan merentasi pusat persediaan dan batch (senpai-kohai*).

Program bermula pada pukul 10 pagi dimana peserta diberi penerangan tentang program , sesi tazkirah ringkas dan pembahagian kumpulan oleh Ahli AIMS. Peserta dibahagikan kepada 10 Kumpulan mengikut pusat persediaan masing-masing dengan setiap kumpulan mengandungi 6 orang pemain.

Acara kemuncak adalah perlawanan persahabatan antara pemenang di peringkat kumpulan bertemu dengan Ahli AIMS dan berkeputusan 3-1 memihak kepada Ahli AIMS.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap lebih banyak program sebegini diadakan pada masa akan datang.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Akhi Munzir selaku Mas’ ul program kali ini dan juga sesi bergambar beramai-ramai. Terima Kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini dan akhir kata dari kami.. おつかれさまでした。。

Wassalam

Team AIMS cawangan Asia Timur

Kosa kata* (Jepun : Melayu):

Senpai : Senior

Kohai : Junior

 

2 Comments

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN

Kursus Pre-departure Jepun 2011

Bangsar, 15 Januari 2011 – Pada 14 dan 15 Januari 2011, AIMS telah mengadakan program pre departure untuk pelajar yang akan berlepas ke Jepun pada bulan 2 dan 3 tahun ini. Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar yang telah pun lulus untuk menyambung pelajaran ke Jepun dalam bidang masing masing. Peserta terdiri daripada IBT, AAJ dan KTJ-INTEC.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada hari bermula pada jumaat malam sehingga sabtu petang di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar. Antara aktiviti aktiviti menarik sepanjang program adalah Fiqh Luar Negara, Game Ukhuwah, Cabaran di negara orang dan perkongsian, dan perkongsian AMIR dari Jepun.

Program ini adalah bertujuan antara lainnya memberi panduan dan pendedahan kepada mereka yang akan berlepas ke jepun sebagai persediaan dari segi, ruhi, jasmani dan juga perkara perkara teknikal. Diharapkan dengan program ini, peserta mendapat sedikit sebanyak maklumat yang berguna apabila mereka menjejakkan kaki ke Jepun.

Daripada maklumbalas peserta, mereka juga amat positif dengan program ini dan berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan di masa masa akan datang. Gambar gambar insyaAllah akan menyusul selepas ini.

また、日本で会いましょう!

Team AIMS Malaysia

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN

Catch up With Our Activities Around the Globe

UK & Republic of Ireland

Japan

Leave a comment

Filed under Aktiviti AIMS, JEPUN, UK

Renungan

Bila kita rasa kita telah tidak mampu.. fikirkan ini..

Sumber: http://muntalaq.wordpress.com

In Dakwah on November 2, 2010 at 5:29 am

Sahabat dan tabiin mengajarkan kita:
Safwan bin Amru (Gabenor di Hims-Syria) bercerita, aku telah berjumpa seorang tua yang telah jatuh keningnya menutupi kelopak matanya. Dia dalam perjalanan dari Damsyik (on the way to  Turkey  yg belum Islam time tu) berada di atas untanya. Dia ingin turut serta berperang ke sana. Safwan berkata : ‘pakcik tak payah lah, pakcik dah tua. Pakcik itu pun mengangkat kelopak matanya dengan tangannya (sebab dah terlalu tua) sambil berkata : wahai anak, Allah telah menyuruh kita berangkat dalam keadaan ringan atau berat..!
Said bin Musayyab (Seorang tabi’in besar – Menantu kepada Abu Hurairah) keluar untuk berperang, padahal matanya buta sebelah. Dikatakan kepadanya: ya Syeikh, sesugguhnya kau ni sakit. Dia mnjawab : Allah telah istanfara (menyuruh berangkat) orang-orang yang dalam keadaan ringan atau berat, kalaulah aku tidak mampu berjihad, aku nak juga pergi. At least jika akau tak boleh berperang, aku telah memperbanyakkan bilangan tentera  (sokongan dr segi bilangan- ia tetap satu saham juga) atau aku boleh membantu jaga barang.
Berangkat baik dalam keadaan ringan mahupun berat!
Dan apa neraca infiru kita??!! Continue reading

Leave a comment

Filed under JEPUN, UK